SUPLEMEN DAN BERPANTANG MEMANG BAGUS UNTUK KESIHATAN

Thursday, August 02, 2018
Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kadang-kadang bangun pagi, Kak Feni lost dan tak tahu apa yang Kak Feni nak buat. Tambah-tambah lagi sekarang ni dah kena serangan sakit bahu sampai ke jari. Sakit ni dah mula sejak Khamis minggu lepas. Kak Feni dah pergi jumpa doktor dan doktor kata Kak Feni kena buat senaman macam orang mengandung tu.

Kak Feni dok sapu je ubat panas dekat tempat yang kebas dan lenguh-lenguh. Alhamdulillah dah lega dan tidaklah seteruk hari Jumaat lepas. 

Doktor cakap kalau nak ambil suplemen. Ambil yang banyak magnesium. Kebetulan sekarang ni memang Kak Feni tengah amalkan suplemen Ostematrix. Sehari Kak Feni amalkan 2 biji sebelum tidur. Bila dah kena ni memang Kak Feni akan berpantang dengan makanan yang sejuk-sejuk macam pulut, terung, dan sebagainya. Ais batu memang tak ambil lah. Memang minum air suam dan panas je.


Dalam SET BERPANTANG SHAKLEE memang ada Ostematrix untuk menguatkan tulang, gigi dan kuku. Maklum sajalah bila dah mengandung banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh supaya kekal sihat dan cergas sepanjang hari.

Berpantang ni memang best sebabnya bila kita jaga makan secara tak langsung badan kita akan jadi lebih sihat dan segar berbanding kita main belasah je. Kalau dulu zaman remaja Kak Feni memang hantu teh ais. Sehari tak minum memang ketagih gila. Bila datang bulan, mulalah kena senggugut sampai muntah dan pengsan. Memang seksa betul masa tu rasa. Kadang-kadang bila kena senggugut sampai rasa "susahnya jadi perempuan, kena sakit macam ni".

Masa tu memang tak tahu dan taknak ambil tahu pun pasal kesihatan badan ni. Tahu nak makan yang sedap-sedap je. Janji puas hati.

Bila dah kahwin, dah mengandung dan bersalin ni. Macam ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Bukan untuk diri sendiri malah untuk orang tersayang. Kalau ummi tak sihat macam mana nak jaga anak-anak ummi ? Macammana mereka nak dapat kasih sayang ummi.

Memang sensitif betul bila dah berumur dan beranak pinak ni. Segala yang Kak Feni buat semuanya fikir untuk masa depan anak-anak. Kalau Kak Feni tak buat. Macam mana dengan masa depan mereka ?

Ada ke orang nak jaga dan berikan kasih sayang seperti Kak Feni berikan kepada anak-anak. Entahlah, Kak Feni tiada jawapan untuk itu. Yang penting tugas Kak Feni sebagai seorang ibu perlu dilakukan dengan penuh ikhlas. Selebihnya Kak Feni serahkan semuanya kepada Allah. Semua yang terbaik datangnya dari Allah.

Kita hanya mempu merancang dan Allah yang menentukan. Kita sebagai hamba, kena usaha dan bertawakal. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja.

Semoga Kak Feni terus kuat untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua. 



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.