FIRDAUS TERKENA MUNTAH-MUNTAH DAN CIRIT-BIRIT

Monday, August 13, 2018


Hari ni hari ke tiga Abang Aus kena sakit cirit-birit. Semalam ummi dengan abah dah bawak ke Hospital Gleaneagles. Alhamdulillah tak perlu admit hanya dirujuk sebagai pesakit luar. Ummi agak lega sebab hanya virus biasa.

Hari ni ummi terpaksa ambil emergency leave sebab tak sampai hati nak tinggal Abang Aus di rumah opahnya. Semalam tidur pun tak berapa nak lena. Kejap-kejap dia bangun dan minta air. Mungkin dalam badannya kurang air. Maklum saja 2 hari asyik muntah dan terberak-berak.

Mulanya ummi syak dia makan ayam goreng yang dibeli di pasar malam dekat Taman ni. Setiap hari Jumaat malam Sabtu ada pasar malam. Memang tiap-tiap minggu beli ayam sebab yang tu je dia minat dan makan. Rupanya sebab lain.

Pagi tadi bila ummi wassap ke dalam group sekolah Abang Aus, rupanya ramai lagi murid yang kena cirit birit dan muntah-muntah macam Abang Aus. Ummi tanya abang makan apa di sekolah hari Jumaat hari tu. Dia cakap dia lupa. Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin virus atau apa.

Pergi hospital, doktor kata angin banyak sangat dalam perut abang. Bagi ubat angin, tahan muntah dan juga ubat tambah tenaga. Tahu sajalah kalau pergi private hospital ni kan. Harga dia memang boleh tahan. Kalau nak claim dengan insurans kena masuk wad dulu. Ummi ni kalau boleh taknak anak ummi masuk wad lama-lama. Tak sanggup. Huuhuu

Doktor suruh balik rumah dan pantau dia di rumah. Bagi dia minum air banyak-banyak. Tak kisah air apa. Janji dia minum air. Air 100plus pun boleh minum tapi kena buang gas dia dulu. Budak-budak ni walaupun doktor bekalkan air garam tenaga tu, mana dia nak minum. Nak air sedap je.

Makan pula kena bagi makanan yang lembut-lembut macam bubur nasi. Untuk rehatkan perut dia yang tengah sensitif. Balik terus ummi carikan bubur mekdi. Tu pun dia makan sikit je. Janji ada benda yang masuk perut dia.

Nak bawa pergi HKL boleh je, tapi ummi tak sanggup nak tengok doktor ikat anak kita untuk cucuk letak jarum tempat masuk air tu. Ngeri rasa. Pengalaman Adik Rayyan yang kena denggi dan masuk wad di HKL memang rasa seriau sangat. Sekarang ni alhamdulillah adik Rayyan sihat-sihat dan okey saja.

Kesian tengok Abang Aus, sampai kurus kering kena macam ni. Badan pun susut dan mata pun cengkung. Nak main dengan kawan-kawan pun macam tak ada tenaga. Melepet je baring. Alhamdulillah hari ni macam lega dah. Tak ada muntah-muntah dan tak berak-berak. 

InshaAllah esok boleh pergi sekolah macam biasa. Ummi pun boleh pergi kerja. Kalau anak-anak tak sihat, ummi susah hati. Kerja pun tak tentu arah je rasa. Semoga Abang Aus kembali sihat dan ceria macam sedia kala. 

Minggu depan kita nak balik kampung. Abang Aus mesti sihat dan kuat.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.