JALAN-JALAN TEMPAT MENARIK DI BUKIT TINGGI DAN AKTIVITI

Monday, August 06, 2018
Kak Feni nak simpan kenangan di sini. Semalam jalan-jalan cari makan dengan suami dan anak-anak. Trip yang tidak dirancang. Biasalah hari Ahad kan hari bersantai-santai. 

Kami keluar rumah seawal pukul 9.00 pagi. Nak cari makan dan luangkan masa dengan anak-anak. Maklumlah dah lama kami tak berjalan. Ummi request nak pergi Port Dickson. Ummi cakap kita pergi makan dan balik. Abah cakap taknak sebab panas. Kesian dekat anak-anak dan takut kes ulat bulu pantai yang berbisa tu. Aishhh. Macam-macam hal sekarang ni. Nak bawak anak-anak pergi ke tempat main macam dalam pasaraya tu takut pulak dengan wabak HFMD yang sedang melanda sekarang ni. 

Kami bersarapan di Kampung Baru dengan HKL. Tempat abah selalu beli makan pagi. Abah memang takde tempat lain. Area tempat dia jugak nak lepak.

Lepas bersarapan kami mulakan perjalanan. Kami mulanya nak pergi ke Genting Highland tapi terpaksa tukar plan ke Bukit Tinggi sebab sebelum masuk susur ke Genting dah mula sesak dengan kereta. Ummi dengan abah pun tukar plan ke Bukit Tinggi. Abang Aus dah mula mengamuk sebab tak jadi naik Genting.

Kami sampai di atas puncak Bukit Tinggi pukul dalam pukul 11.45 tengahari. Tak tahu nak tuju kemana sebenarnya sebab tidak merancang kan.

Nak masuk naik ke atas kena lalu ikut gate yang berbayar. Bayaran yang dikenakan untuk seorang dewasa RM14.00 dan kanak-kanak RM8.00. Kami empat beranak hanya kena 3 tiket sahaja. 2 dewasa 1 kanak-kanak. Jadi semuanya RM36.00.



Ini adalah kali pertama kami pergi ke Bukit Tinggi, jadi memang tak tahu nak tuju ke mana. Jadi destinasi pertama ialah Perkampungan Jepun. Nak naik bukit ke tempat ni memang mencabar sebab masa kami naik ada kereta yang tak lepas naik terpaksa patah balik menurun bukit. Kereta kami pun macam slow gila masa naik tu. Berdebar sungguh rasa tapi apapun alhamdulillah sampai juga.



Nak sampai ke Kampung Jepun ni memang mencabar keimanan Kak Feni sebab kena naik tangga dan berjalan kaki naik bukit. Masa ni rasa mengah gila sebab letih, maklumlah jarang exercise. Fuh memang penat. Kalau bawak tokmek, kak feni rasa confirm duduk dalam kereta je tak naik atas. (Tak sesuai untuk warga emas yang kurang tenaga) huhu.


Sebelum sampai ke Kampung Jepun tu, kami posing dulu. Thanks abah sebab jadi fotografer takdak upah. Hahaha.




Azabnya nak sampai sini padahal tak jauh mana pun. Keadaan membukit yang curam sampai tercungap-cungap Kak Feni. Anak-anak menten happy dan seronok sebab dapat berjalan. Di sini ada satu gerai yang menjual barangan Jepun. Kami singgah sini sebab anak-anak nak makan ais krim. 


















Abang Aus ambil gambar ummi dengan abah dan adik

Kami menghabiskan masa di sini dua jam lebih sebelum bergerak ke  COLMAR TROPICALE. Hati tu memang nak pergi sini dulu tapi tersalah jalan pergi ke Japanese Village. Jadi jalan di sini puas-puas. Bawa anak-anak tengok hutan. Jumpa anak sungai kecil dan semut. Dua-dua sangat teruja, maklumlah duduk di Langat, jarang keluar. Duduk dalam rumah batu, tak macam ummi dulu duduk rumah papan nak roboh.

Pukul 2.30 kami bergerak ke COLMAR TROPICALE. Di sini rasa macam duduk di overseas. Hehe.











Dah penat berjalan, kami pun nak balik ke rumah. Dalam perjalanan terjumpa dengan Kak Diana dan keluarga. Memang tak sangka sungguh boleh jumpa di atas sana. Hahaha. Memang terkejut sangat-sangat dan teruja sungguh. Masa tu dia dan keluarga pun dah siap nak gerak pulang.



Lepas ni bolehlah datang lagi kalau rasa nak hilangkan tekanan dan nak hirup udara segar. Perjalanan dari Kuala Lumpur tak lama pun. Dalam 45 minit ke sejam je. Kami turun dari Bukit Tinggi pukul 3.30 petang. Pukul 4. 15 dah sampai rumah. Anak-anak adalah orang yang paling seronok bila abah dengan ummi bawak berjalan.

Luangkan masa layan anak-anak sebab nanti kita tak tahu bila Allah nak bagi peluang macam ni lagi.

Bulan depan kita vacation TIGA HARI DUA MALAM di Cameron Highland pulak. Nantikan kisahnya di entri yang akan datang. 

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.