11 KHASIAT BUAH TEMBIKAI UNTUK IBU HAMIL

Thursday, April 13, 2017

Buah tembikai memang enak dinikmati. Malah ibu mengandung memang disaran untuk mengamalkan buah tembikai kerana dipercayai akan melahirkan anak yang bijak.

Antara khasiat buah tembikai untuk ibu hamil ialah :-

1) Menjaga kesihatan jantung


Buah tembikai kaya akan kandungan likopen yang amat baik untuk kesihatan jantung ibu dan bayi.

2) Kaya dengan antioksidan dan vitamin A

Vitamin A yang terkandung dalam buah tembikai membantu menjaga organ penglihatan bayi. Selain itu, karotenoid vitamin A berfungsi sebagai antioksidan melindungi badan daripada radikal bebas.

3) Melancarkan penghadaman

Tembikai sangat bagus untuk kecantikkan dan membantu melancarkan aliran air kencing dalam badan. 


4) Menyokong pembentukan tulang bayi

Buah tembikai kaya dengan kalium yang berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam badan. Ia sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dan menguatkan sendi pada badan ibu supaya lebih sihat dan kuat.

5) Meningkatkan sistem imun

Buah tembikai mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun untuk ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selsema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

6) Mengurangkan pembengkakan

Kandungan air dalam tembikai mampu mengurangkan pembuluh darah dan otot yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan masalah bengkak yang sering dialami oleh ibu hamil.

7) Mencegah pigmentasi

Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil yang mana ia mempengaruhi keadaan kulit. Masalah pigmentasi dapat dikurangkan dengan memakan tembikai lebih kerap.

8) Mengelakkan kejang otot

Perubahan hormon ketika mengandung menyebabkan peningkatan berat badan. Ini membuatkan tulang dan otot menjadi kejang. Buah tembikai dapat mengurangkan kejang otot dan tulang.


9) Mengatasi masalah 'morning sickness'

Mengambil tembikai sebagai sarapan pagi membantu mengurangkan simptom morning sickness. Buah tembikai mengandungi tenaga dan khasiat yang baik untuk badan terutama ibu hamil yang letih dan lesu.

10) Mengelakkan dehidrasi

90% daripada tembikai terdiri daripada air. Makan tembikai membantu ibu untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi dikalangan ibu hamil boleh menyebabkan kesan buruk kepada kandungan seperti kontrasi pramatang atau kelahiran pramatang.

11) Menyingkirkan lemak


Buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.



Sangat rugi kalau tak amalkan tembikai ketika hamil. Kalau tak hamil pun memang bagus sangat tembikai ni. Nak-nak pula di bulan puasa, memang sangat-sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Tembikai kaya dengan air dan sangat enak dimakan.

Dipercayai kalau amalkan tembikai anak yang bakal lahir akan menjadi cantik dan bijak.


Rasulullah SAW bersabda: "Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya." 

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda: “Semangka (Tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi) Sabda Rasulullah SAW. 

Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.” 

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata, "Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu." 

(Shahih Bukhari : 5614)

Bagi ibu hamil yang sedang dalam trimister pertama dan mengalami masalah morning sicknes boleh amalkan tembikai bagi mengelakkan dehidrasi. Teringat masa Kak Feni hamil anak pertama dan mengalami alahan yang sangat teruk sampai kena masuk wad sebab badan terlalu kurang air. Masalah ini boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungan sebab tak cukup air. Air kencing pun sangat-sangat pekat dan warnanya kekuningan.

Bila dah masuk wad ni, memang berbotol-botol air dimasukkan ke dalam badan. Sebanyak 21 botol air dimasukkan ke dalam badan Kak Feni bagi membolehkan badan stabil. Kak Feni terpaksa berada di hospital 3 hari 2 malam. Terasa memang azab bila kena duduk di hospital. Bila diingatkan kembali memang takkan nak duduk di hospital lagi disebabkan oleh masalah ini.

Selepas keluar dari hospital memang terus cari buah-buahan yang banyak air macam tembikai, tembikai susu, air kelapa dan juga air barli sebagai snek harian. Air suam dan air kosong memang minum banyak sangat sampai muntah. Nak buat macam mana demi anak dalam kandungan memang tak boleh ikut selera sendiri. 

Alhamdulillah setelah bersusah payah 9 bulan 10 hari lahirlah seorang anak lelaki yang comel yang menjadi penyeri hidup kami suami isteri. Walaupun ada sedikit komplikasi semasa melahirkan anak pertama tapi itu adalah kenangan yang terindah dalam hidup ini. 

1 comment:

  1. Byak rupanya khasiat buah tembikai nie.. sy follow ya.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.