Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu
Masalah kekejangan terutama di bahagian kaki sering kali dialami oleh ibu hamil ketika trimester terakhir. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan.
Suplemen kalsium sememangnya penting untuk pembentukkan gigi dan tulang bayi. Jika si ibu tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya ketika hamil boleh menyebabkan bayi "mencuri; kalsium daripada ibu.
Kesannya boleh menyebabkan tulang ibu menjadi kurang kalsium dan mudah rapuh.
Kalsium perlu dibekalkan secukupnya bermula dari saat kehamilan sehinggalah proses menyusukan bayi. Vitamin D juga sangat penting untuk memastikan pil kalsium yang diamalkan mudah diserap ke dalam badan.
Risiko osteporosis boleh menyerang wanita jika kekurangan kalsium untuk waktu akan datang. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 hingga 1200mg kalsium setiap hari.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !