Kesayangan Ummi Sampai Syurga

Thursday, April 06, 2017

Hari ni belek-belek gambar lama terjumpa la gambar ni. Abang Aus kecik lagi masa ni. Sekarang kasut tu dah tak muat. Membesar dengan jayanya.

Adik pun dah boleh pakai kasut Abang Aus. Gambar ni diambil masa main bowling di IOI Mall.

Rindunya kat Abang Aus masa ni. Abang Aus akan sentiasa comel dan manja untuk ummi. Ummi sayang Abang Aus. Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi Abang Aus tetap menjadi penawar dalam hidup ummi.

Ummi sayang semua anak-anak ummi. Bila ummi cakap ummi sayang abang. Adik pun "sayang adik". Mestilah ummi sayang semua anak-anak ummi. Melahirkan dan membesarkan kamu berdua adalah perkara yang terindah dalam hidup ini.

Setiap hari ummi berdoa agar Allah sentiasa melindungi anak-anak ummi. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kita orang susah dan perlu berusaha kuat untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Tiada siapa boleh tolong diri kita melainkan kita sendiri.

Setinggi mana pun kita berada jangan lupa diri. Sentiasa tunduk pada yang maha ESA. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Berdoalah memohon dan meminta pada yang ESA. Kerana Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga masih ada esok untuk kita terus bahagia.

Love, 

Ummi Abang Aus & Adik Rayyan


No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.