PENIMBANG DIGITAL DARI LAZADA DAH SAMPAI

Friday, October 26, 2018
Balik kerja semalam tengok-tengok barang yang Kak Feni order dari LAZADA dah sampai. Wahhh memang tip top lah service LAZADA ni. Kelmarin order, semalam dah sampai. Guna khidmat ninja.

Kak Feni ada tulis pasal Siap Buat Order Penimbang Digital Dengan Lazada pada 24/10/2018. Dah petang dah masa tu.


Ingatkan minggu depan sampai, rupanya semalam dah sampai. Bukan saja Kak Feni yang excited, malah semua yang ada di rumah semalam excited. Nak timbang berat badan masing-masing. Haha maklumlah barang baru kan.

Anak-anak pun sibuk nak menimbang berat. Berat semua orang tak sampai pun 60kg. Kak Feni sorang je berat yang mencecah 66kg. Huhu tak boleh jadi ni. Kena turunkan berat badan sampai 55 kg ni.

Kalau diikutkan BMI Kak Feni sekarang ni memang dah overweight. Berat tak sesuai dengan ketinggian. Berat yang sesuai untuk ketinggian Kak Feni adalah antara 46 hingga 60kg. Kak Feni kalau dapat turun sampai 60kg pun dah syukur sangat dah.

2 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.