SHAKLEE GET CLEAN HOME CARE SET


Selain produk vitamin dan suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk untuk penjagaan rumah. Produk-produk ini semestinya dijamin selamat untuk digunakan oleh semua surirumah di dunia ini. Ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas bahan kimia berbahaya.

Antara produknya ialah Basic H, Dish Wash Concentrate, Soft Fabric Concentrate, Fresh Laundry Concentrate dan juga Get Clean Water Picther.


Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate



Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah

Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

✔ Dinding, tingkap dan cermin
✔ Kaunter dapur, jubin dan lantai
✔ Peralatan
✔ Dapur
✔ Hiasan kayu
✔ Periuk belanga
✔ Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?

Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain

Keunikan Shaklee

✔ Selamat
✔ Tidak toksik
✔ Tiada gas beracun
✔ Tiada bahan kimia berbahaya
✔ Tanpa pewangi
✔ Lembut pada tangan anda
✔ pH seimbang
✔ Tanpa klorin

Berkesan

Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam

✔ Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
✔ Mudah biorosot
✔ Tanpa fosfat
✔ Bungkusan yang boleh dikitar semula
✔ Tanpa bahan pewarna
✔ Selamat untuk sistem septik dan pembetungan




Dish Wash Concentrate



Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
✔ Lembut pada tangan
✔ Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
✔ Buih sabun yang tahan lebih lama
✔ Menjadikan pinggan bersih berkilau
✔ Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat

✔ Tidak toksik
✔ Hipoalergenik
✔ Tanpa klorin
✔ Lembut pada tangan anda
✔ pH seimbang
✔ Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

✔ Amat berkesan menanggalkan minyak
✔ Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
✔ Buih sabun yang tahan lebih lama

Mesra Alam

✔ Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
✔ Mudah biorosot
✔ Tanpa fosfat
✔ Tanpa bahan pewarna
✔ Bungkusan yang boleh dikitar semula
✔ Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Soft Fabric Concentrate


Melembutkan Pakaian

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee


Selamat

✔ Tidak toksik
✔ Tiada gas beracun
✔ Tiada bahan kimia berbahaya
✔ Tanpa pewangi
✔ Lembut pada tangan anda
✔ pH seimbang
✔ Tanpa klorin

Berkesan

✔ Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
✔ Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
✔ Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)

Mesra Alam

✔ Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
✔ Mudah biorosot
✔ Tanpa fosfat
✔ Bungkusan yang boleh dikitar semula
✔ Tanpa bahan pewarna
✔ Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Petua Berguna

Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.


Fresh Laundry Concentrate



Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih


Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?


Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee

Selamat

✔ Hipoalergenik
✔ Tanpa klorin
✔ Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
✔ Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

✔ Berkepekatan tinggi
✔ Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
✔ Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
✔ Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Mesra Alam

✔ Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
✔ Surfaktan mudah biorosot
✔ Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
✔ Bungkusan yang boleh dikitar semula
✔ Tanpa bahan pewarna
✔ Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Get Clean® Water Pitcher


Memperkenalkan Air Get Clean®


Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Marilah kita meraikannya!


✔ Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
✔ Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
✔ Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
✔ Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
✔ Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!

✔ Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
✔ Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
✔ Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
✔ Ringan dan mudah dibawa
✔ Menjimatkan kos

Keunikan Shaklee

Selamat

✔ Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
✔ Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).

Pintar

✔ Hanya beberapa sen bagi satu liter air
✔ Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.

Berkuasa Tinggi

✔ Lebih banyak air bersih pada setiap masa
✔ Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Mesra Alam

✔ Memelihara kesejahteraan alam sekitar
✔ Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

Berminat untuk mendapatkan produk Get Clean Home Care Set ini boleh terus hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau 




No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.