TEKANAN DARAH RENDAH MENYERANG LAGI
Semalam Kak Feni terpaksa ambik mc sebab kepala pening dan berpusing. Mula terasa sejak hari Ahad lagi. Isnin tu Kak Feni balik kena hujan pula. Tak larat sangat nak datang kerja.
Pergi jumpa doktor untuk ambil ubat dan sakit yang sama. Kalau doktor refer dengan sakit yang lama pun mesti masalah sama. Bila cek tekanan darah memang rendah sangat. 70/90. Doktor tanya juga dada berdebar-debar tak ? Kak Feni jawab tak ada. Kalau dada berdebar, doktor nak bagi iron sebab bila darah tak cukup. Jantung akan letih dan tak dapat mengepam dengan baik.
Dia tanya lagi, kalau berak najis macam mana ? Kalau najis keras memang ada masalah. Sebabnya kadang-kadang darah keluar melalui najis. Kita takkan nampak dengan mata kasar. Kena guna mikroskop.
BACAAN TEKANAN DARAH NORMAL
Dah siap jumpa doktor, dia bagi 2 jenis ubat. 1 jenis ubat pening dan satu lagi ubat sakit kepala. Kak Feni bagitahu doktor yang paling teruk bila keluar dari lif memang pening sangat. Rasa macam nak pitam. Kak Feni ambil ubat panadol 2 biji untuk legakan pening ni. Rupanya tak jalan pun. Mungkin ubat tak sesuai.
Jadi hari ni hari kedua Kak Feni ambil ubat ni. Pening ni kadang-kadang dia datang. Kadang-kadang dia hilang.
Doktor cakap simptom biasa lepas datang bulan ialah pening, rasa nak pitam dan badan rasa sangat letih. Kebanyakan simptom ini akan terjadi dalam seminggu atau 2 minggu lepas datang bulan.
So wanita kena jaga. Kalau rasa pening-pening sampai tak tertahan tu lebih baik lah jumpa doktor untuk mendapat nasihat yang sepatutnya.
Sakit ni ujian sebenarnya. Untuk kita lebih dekat dengan Allah. Kalau tak sakit kita akan sombong dengan kesihatan kita. Alhamdulillah Kak Feni tetap bersyukur dengan nikmat sakit ni. Ramai orang yang lebih teruk sakitnya dari Kak Feni.
Hari ni dah kembalik kerja macam biasa.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !