Cuti 3 Hari di Tahun 2019

Sunday, January 20, 2019
3 hari cuti. Hari ni hari kedua. Semalam sempat basuh baju sidai baju jer pagi. Sarapan pun buat sandwich telur dengan slice ayam je. Kasut putih abang aus sempat basuh.

Pukul 12.30 dah siap nak pergi kenduri rumah Busu. Siap-siap terus ke majlis kenduri. Lepas kenduri kami ke Sri Kembangan untuk ambil kad kahwin Paksu. Sesat barat sebab tak pernah pergi dan tak tahu jalan. Masa pergi jela. Masa balik dah tahu jalan. Ikut google maps kan nye bawa jalan entah kemana.

Hari ni semua cuti. Jadi kami melepak jer di rumah. Kemas rumah dan tukar katil dari bilik 2 ke bilik 1. Sapu segala sawang yang dah berhabuk dalam rumah. Alhamdulillah setel.

Petang baru pergi rumah opah. Lepak umah opah sampai malam. Esok kami jela yang cuti. Abah kerja esok. Maklumlah company ikut agama. Jadi kena kerja lah abahnya.

Esok banyak lagi tugas ummi yang belum setel tu. Nak lipat baju dan gosok baju sekolah abang dan adik. Baju kerja abah dan ummi.

Hahaha Kadang-kadang aku merungut sebab terlalu penat. Itulah kebahagiaan menjadi seorang wanita. Meluahkan sekadar untuk melepaskan tekanan. Bila dapat luahkan jadi lega.





4 comments:

  1. betul.. kita bebel dan bising nak luah je. janji lepas yang terbuku didada. lepas tu okayla
    balik ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan tulah. Kalau tak membebel. Menangis. Itu jela yang boleh legakan tekanan.

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.