PANGGILAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

Monday, January 14, 2019
Ini adalah panggilan temuduga yang entah ke berapa kali entah sebab Kak Feni dah lupa. Dapat panggilan pun dah happy sangat dah. Dulu selalu berangan nak kerja kerajaan. Hakikatnya entah dapat entah tidak. Kihkihkih

Setelah bertahun-tahun tak terima panggilan temuduga, hari Rabu minggu lepas dapat SMS untuk ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat. Ujian buat secara online saja. InshaAllah harapnya hari ujian tu internet selaju yang boleh. Hahaha.

Masa tu cuti sekolah, jadi mesti kena explain dekat anak-anak. Kalau ada rezeki mana tahu kan. Kalau ikutkan gaji yang ditawarkan berbanding dengan gaji sekarang. Gaji sekarang lagi banyak tapi apa salahnya kita cuba kan. Mana tahu ini adalah rezeki untuk anak-anak.

Dah umur 30-an baru orang nak panggil ujian. Hahaha lama sangat dah tak pergi interview ni. Kalau lepas ujian ni, nye panggil pergi interview pula terasa macam orang muda-muda. InshaAllah kalau ada rezeki tak kemana kan.

Dengar cerita ramai juga yang dapat panggilan ujian ni. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk aku dan keluargaku. Andai pilihan ini yang terbaik untuk kami semua. Permudahkanlah segala urusan. Jika ini mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. Aku redha dengan segalanya.

Kadang-kadang nak buat keputusan pun susah juga. Siapa yang tahu apa yang akan terjadi esok hari ?


4 comments:

  1. semoga dipermudahkan dan berjaya dalam pengambilan PSP N19.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ejulz. Hopefully ada rezeki dalam gomen pulak lepas ni

      Delete
  2. insyallah semoga menjadi rezeki akak kali ni =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.