Jalan-Jalan Di Ikea Cheras

Monday, January 07, 2019
Semalam semua orang cuti jadi kami meluangkan masa untuk bersama anak-anak. Berjalan di Ikea Cheras. Biasalah bila dah berjalan ni memang tak sah kalau tak menghabiskan duit.

Barang di Ikea ni sangat berkualiti dan harganya pun setimpal dengan kualiti. Masuk sini memang seronok sangat berangan. Feeling macam orang kaya.





Bersantai di sini memang seronok. Hari Ahad memang ramai sangat orang yang datang untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Kak Feni hanya ushar-ushar je. Ambik gambar sebab nak cari idea nak deko rumah nanti.

Berangan nak beli meja tulis untuk Abang Aus dan Adik Rayyan. Anak ada 2 jer setakat ni. Kalau boleh nak bagi yang terbaik dan termampu untuk anak-anak. Selagi ada peluang dan kudrat ini. InshaAllah akan gunakan sebaik mungkin.

Sebelum pergi Ikea, kami pergi melepak di Batu Caves, gerai makan POKLI MEE CELOP. Makan mee celop telur gedik. Sedap sangat sebab tak heavy. Yang sedang-sedang sahaja. Pekena pulak dengan teh vanila ais yang sedap memang kena sungguh. Ada juga coconut shake kalau taknak pilih teh vanila.

Bawak Ibu Tutik, Acik Marzuki dan Cik Idah sebab diorang tak pernah datang sini. Lama dah tak jumpa, sekali jumpa memang riuh rendah.





Lepas puas jalan-jalan di Ikea dan Mytown, kami balik dan lepak rumah Kak Idah. Macam biasa kena tunggu dia masak dan makan baru boleh balik rumah. Orang nak bawa dia keluar pergi makan. Dia sibuk nak masak nak suruh makan. Hahaha apapun terima kasih untuk semuanya.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.