Jika Aku Punya 100K Hari Ni ?

Friday, September 14, 2018


100K punya hal, Kak Feni pun nak tulis lah impian 100K Kak Feni.

Apa yang aku nak buat dengan 100K ni ? Bingung jugak ya nak buat apa dengan duit yang banyak macam ni. Haha sebab tu Allah lambat bagi lagi kot. Sebab aku belum bersedia. Ingat orang yang have-have tu senang ke nak handle duit banyak-banyak.

Okey jap nak kira total hutang piutang berapa ?
Jumlah kasar hutang (anggaran) : RM15,000.00. Okey yang ni memang nak setel siap-siap kalau tibe-tiba rezeki dari Allah datang kan.

Baki tinggal RM85,000.00.

Apa lagi aku nak buat dengan baki RM85K ni ? Hehe seronok kan berangan.

RM10,000.00 - Aku nak buat modal bisnes. Kira nak buat stok sikit-sikit. Pusing modal etc.

Jadi berapa baki yang tinggal ? 85,000 -10,000 = 75,000.

RM75,000.00 ni nak buat apa lagi ya ?

Aku nak belanja mek aku RM10,000.00 la. Ikut suka dia nak buat apa. Nak belanja diri sendiri ke, nak buat apa pun terpulang pada dia.

Berapa lagi bakinya ?

RM65,000.00. Apa lagi nak buat ?

Simpanan anak-anak. Aku nak simpan RM10K seorang. Anak ada 2 orang jadi kena bagi RM20,000.00 untuk simpanan mereka.

Baki yang tinggal ialah RM45,000.00.

Apa lagi nak buat dengan 45K ni ???

Haishhh pening pulak kalau banyak duit ni. Jadi bengong pulak sampai taktahu nak buat apa. Hahaha oklah oklah 5K untuk aku belanja la apa-apa. Nak beli apa dengan 5K ni ? Nanti aku fikirkan kemudian lah. Yang pastinya 5K ni aku nak buat belanja.

Kemudian... masih ada baki RM40,000.00.

Baiklahhhh untuk 40K ni. Aku akan simpan dalam bank/asb ke apa ke. itu sahaja.

Dalam 40K tu aku akan bahagikan juga untuk bahagian sedekah/zakat/derma. Tolong adik beradik dulu. Lepas tu tolong orang lain yang memerlukan. Rezeki kena kongsi bersama. Keluarga yang baik pun rezeki juga.

Banyak lagi impian akuuuu sebenarnya. Mungkin bagi orang lain RM100K macam sikit. Bagi aku yang tak berapa nak hado ni. Bulih 100k pun dah taktahu nak buat apa. Hehe. Apapun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Selagi ada nafas dan kudrat untuk berkhidmat di bumi tuhan ni. InshaAllah akan terus berimpian dan selesaikan segala urusan yang belum selesai.

Semoga segalanya dipermudahkan. Biarlah bermula dengan yang kecil dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Apapun kembali kepada Allah. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk  itu dari aku sendiri.


6 comments:

  1. Fuhhh banyak tu rm100k ! Tapi betullah xtau nak buat apa banyak camtu. Yang sah2 bayar hutang dulu

    ReplyDelete
  2. Duit banyak mana pun tak cukup.
    See... cerita pun macam mana nak habiskan duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin banyak duit semakin banyak cobaannya. Live every single day.

      Delete
  3. menariknya topik ni. kita tak kan tahu kan rezki kita macam mana. Allah izin dapat.. huuurm nak buat apa eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn tetiba Allah bagi. Bingung juga nak mikirnya.

      Delete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.