Musim MoonCake dah tiba
Semalam aku dapat gift dari supplier. Alhamdulillah murah rezeki aku. Syukur !
Tahu tak apa dia ? MoonCake versi jelly macam gambar di bawah. Haha sebelum ni aku ingatkan benda ni hanya untuk hiasan rupanya memang boleh dibuat makan. Series weh cantik sampai sayang nak makan.
Aku share di fb. Ramai yang puji cantik (macam attention seekers pulak aku ni kan). Siap ada yang tanya "buat ke ?" hahahahaha aku senyum jela kan. Aku ni bab kuih muih memang tak la. Makan aku memang handal. Tak payah nak tunggu orang lain.
Dalam satu kotak ni dia letak 4 jenis mooncake. Aku tak tahu dia beli kat mana. Aku tanya dia tak jawab. Tugas aku ialah memotong dan bahagikan kepada semua orang. Oleh kerana 3 orang je staff yang ada di opis semalam. Dapatlah kami satu seorang. Baki satu, aku potong-potong pakat rasa sikit sorang. Adil la kan ?
Rasanya ... Sedap !!! kenyal-kenyal gitu. Manis ? Ofkos manis tapi just nice tak manis leting, orang Kelate kata. Lagi satu, bagi aku tak sesuai untuk anak-anak kecil sebab ianya terlalu kenyal. Mungkin boleh buat anak-anak tercekik. Kalau nak bagi rasa yang ada puding (bunga-bunga dia tu) okey sebab dah campur susu jadi lebih lembut.
Anak buah aku datang pun aku tak bagi sebab aku yang test dulu. Aku rasa untuk tekak aku okey. Untuk anak kecik tak sesuai sebab seperti yang aku tulis di atas. Korang kalau nak bagi terpulangla. Risiko memasing yang tanggung.. (ehhh !)
Photo. Aku malas nak edit nak bubuh watermark bagai. Terus share dari henpon. Rajin kan aku ni ?
Okey rahsia nak murah rezeki. Istiqamah dalam solat dhuha. InshaAllah rezeki akan datang dari sumber-sumber yang tidak disangka. Allah sangat Maha Pengasih weh. Series aku ni sesak sangat-sangat ni. Bab duit memang tinggal duit biru je dalam purse.
Ni minggu depan nak fly lagi. Gaji belum masukkk. Hopefully Allah datangkan aku rezeki banyak lagi dari sumber yang tak pernah aku sangka. Huuuuuu
cantik.. teringin nak belajar buat ni :)
ReplyDeleteKak Feni tengok di fb je. Hahaha nak belajar taktahu bila berpeluang.
Deletea ah la sayang nak makan lawa cemtu. adeh. ingatkan untuk perhiasan. ade tengok video ingat lilin =P
ReplyDeleteTula kan. Kak Feni ingatkan just untuk hiasan. Rupanya memang boleh makan. Memang kreatif betul.
Delete