FILEM LANGSUIR : MALAM TAYANGAN PERDANA

Wednesday, September 19, 2018
Entri ni nak tulis minggu lepas tapi disebabkan kesibukan yang teruk maka tergendala. Kak Feni dapat jemputan khas dari Early Bird Production Sdn Bhd untuk hadir ke Tayangan Perdana filem Langsuir di MMCineplex E@Curve pada 12 September 2018, minggu lepas.

Lepas balik kerja terus bergegas ke sana. Majlisnya bermula pukul 8.00 malam. Kak Feni ke sana dengan menaiki MRT bermula di Bukit Bintang. Mudah sangat sebab ada pengangkutan awam ni. Kak Feni pergi sana dengan Kak La (kakak ipar Kak Feni). 

Sampai di sana dalam pukul 6.30 petang. Sementara menunggu waktu tayangan bermula, kami berehat dan melepak dulu di situ. Solat maghrib siap-siap di surau yang ada. Lepas siap solat baru kami masuk ke tempat artis berkumpul. Wahhh terasa macam VIP pulak sebab boleh jumpa artis secara live dalam tu. Ehekss.



Ni dia rupa tiket nak masuk dalam. Series tau, ni adalah first time Kak Feni dapat pergi preview filem. Memang teruja gila. Dah umur macam ni baru dapat merasa. Fans artis ramai gila malam ni Warna tema majlis malam ni ialah merah hitam. Motif ? Tak tahu. Ngeeee.. 








Tak banyak yang Kak Feni sempat ambik gambar dengan artis sebab Kak Feni ni kan sangat-sangat pemalu. Huwaaa nak panggil depa pun segan yakmat. Ambik gambar dari jauh jela. Huhu.

View dalam filem ni sangat cantik sebab bertempat di sebuah pulau di Langkawi. Mengisahkan 6 anak muda yang bercuti di sebuah pulau yang bernama Pulau Langsuir. Jiwa muda selalu nak cuba benda baru. Tidak mendengar pesan orang tua dan degil.

Esok dah mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Jadi nak tahu best ke tak best boleh pergi serbu panggung ya. Ada unsur seram, lawak, dan romantis.






No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.