Keperluan Kalsium Untuk Tulang Yang Kuat dan Sihat

Thursday, September 27, 2018


Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika berumur.

KALSIUM

Adalah mineral yang paling banyak dalam tulang kita. Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat. Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup. Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.

VITAMIN D

Yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan. Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

MAGNESIUM 

Adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium. Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.

BORON

Ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan. Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolk tulang yang normal. Menyokong penggunaan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara efektif.

MANGAN, KUPRUM DAN ZINK

Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang. Melindungi tulang daripada kerosakan oksidatif.

BAGAIMANA MENGEKALKAN TULANG YANG KUAT ?


1. MULA AWAL

Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah bermula semasa umur masih muda.

2. LAKUKAN SENAMAN MENAHAN BERATAN (WEIGHT-BEARING)

Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang kerana ia semakin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan. Cba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.

3. BUAT PILIHAN YANG SIHAT

Jalani gaya hidup dan kekalkan berat badan yang lebih sihat.

Amalkan Ostematrix Shaklee sebagai suplemen harian bagi mencukupkan keperluan kalsium harian. Ostematrix bukan sekadar kalsium untuk tulang malah ianya mempunyai banyak kelebihannya.






 Untuk belian dan pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee, boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.