PANDAN CENDOL SEDAP SEDIA UNTUK DELIVERY

Friday, September 21, 2018
Siapa peminat cendol ???

Kak Feni suka cendol sebab ianya lemak manis. Kena ketika panas-panas memang terbaik sangat-sangat. Kami order di Pandan Cendol. Boleh tengok pamplet dia. Harga berpatutan. 




Pilihan Kak Feni ialah mee goreng mamak ayam dengan cendol biasa. 
Kak Diana pilih Rojak biasa dengan Cendol Special.
Kak Nor, Rojak Special dengan Cendol Special.
Datin pilih mee goreng mamak tambah telur mata.

Jumlah semuanya termasuk kos penghantaran = RM53.50
Kos penghantaran kami share bersama-sama. Bukan selalu makan yang delivery macam ni. Kalau ramai-ramai macam ni baru syok.


Untuk cendol Kak Feni bagi 5 bintang. Sedap dan secukup rasa. Kena dengan tekak. Mee goreng mamak pun sedap. Lain kali boleh order lagi. Habis sebungkus tersandor kekenyangan. Haha. Mee goreng kalau ada cili potong dengan kicap lagi terangkat. Yang ni dah takde walaupun telah direquest. 

Rojak pun sedap. Kuah dia bagi memang meriah betul. Satu plastik penuh. Kak Diana siap bungkus bawak balik makan di rumah. Yang Kak Nor pulak rojak special penuh dengan ayam, sotong dan ada mee kuning. Terkejut kawan sebab ada mee.

Akhirnya kenyanglah kami semalam dengan cendol dan mee goreng mamak. alhamdulillah.


2 comments:

  1. wah wuaaah waaah terus sampai tuuu menarik. tayah keluar panas2 pi beli. CT tak makan yang ijau tu ahahah selalu minum air je yang ijo kasi mak =P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.