KENDURI DI PAHANG 03.03.2018

Monday, March 05, 2018
Kami semua excited sebab nak memang dah lama tak pergi ke Pahang. Tempat aku dilahirkan hampir 32 tahun yang lalu. 27 haribulan nanti cukuplah umur aku 32 tahun. Kembali ke tempat kelahiran aku. Kalau nak cerita memang panjang sangat ceritanya.

Jumaat : 02.03.2018


Bangun awal pagi untuk persiapan ke Pahang. Agenda kami hari ini ialah untuk membeli buah-buahan bagi sedekah hantaran bagi pihak perempuan. Pengantin perempuan adalah anak sepupu aku. Pukul 10 pagi kami keluar dari rumah. Pergi ke kedai pengantin dulu untuk beli bakul buah. Kemudian ke Chow Kit untuk beli buah-buahan. Sampai di Chowkit dalam pukul 11.00 pagi. Beli buah-buahan dan anak-anak mula minta untuk makan. Jadi kami terus makan tengahari di situ. Makan masakan minang. Sekali sekala makan masakan minang, memang best rasanya.

Siap-siap makan kami terus bergerak ke Kg. Berkam, Pahang. Pukul 1.00 petang kami memulakan perjalanan ke negeri Pahang Darul Makmur. Satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama. 

2 kereta yang bergerak ke Pahang. Kami 7 orang dari KL dan 4 orang dari Gerik. Kak Ani, Wawan, Adam dengan Ayah Ngah satu kereta. Ummi, abah, mek, Acik, Pakcik Radhi dan anak-anak satu kereta. Kak Ani dari sana ikut jalan Cameron Highland dan turun ke Kuala Lipis.



Alhamdulillah pukul 3.30 petang kami selamat sampai di rumah MakNgah. Rehat, mandi dan solat di rumah MakNgah sementara menunggu satu kereta sampai. Lepas asar kami nak pergi menolong tempat kenduri baru Kak Ani sampai.












Sementara nak sampai ke rumah kenduri tu, kami posing dulu nak abadikan kenangan di sini sebab tak tahu bila lagi boleh sampai. Dia punya view sangat-sangat nice. Haha excited weiii.

Kami tolong apa yang patut. Lepas maghrib semua pakat keluar ke pekan Kuala Lipis. Jalan-jalan pasar malam di Kuala Lipis. Balik sesat barat ntah kemana-mana jalan sebab semua tak tahu. Guna waze pun dia bagi jalan jauh. Memang tak boleh pakai waze. Semua pakat tawakal je patah balik. Hampir pukul 12.00 baru sampai rumah. Malam ni kami tumpang tidur rumah sepupu Abe Yuti. Alhamdulillah rezeki sepupu sepapat baik. Rumah dia pun kosong dan jemput kami tidur dirumah beliau. 

Bila duduk jumpa sedara mara macam ni, macam-macam cerita akan keluar. Entah pukul berapa baru boleh tidur.

Sabtu 03.03.2018


Hari kejadian kenduri, kami awal pagi dah sampai ke tempat kenduri sebab nak menolong. Tolong goreng ayam je. Guna kawah besar dan guna kayu api. Tak guna dapur gas. Memang rare orang kata. Lama tak duduk kampung, jadi memang rindu gila nak join buat benda-benda macam ni. Aku orang kampung jadi aku dah biasa buat kerja macam ni.

Masa tolong menolong ni, suami dan anak-anak pergi makan di luar. Pukul 11.30 kami balik bersiap untuk pergi kenduri. Masa ni memang kena banyak sabar sebab bila dah ramai kena amik turn untuk guna bilik air. Hehe siap cop-cop sebab takut lambat. Biasalah orang perempuan kan. Nak mekap la apa la. Gosok baju pun dah berjam-jam.

Kami sampai tempat kenduri agak lewat. Dalam pukul 2 baru sampai. Tetamu dah banyak yang balik. Diorang kata, kalau kat situ dalam pukul 11 dah datang dah. Datang pulak sekali gus. Okey, faham sebab lain tempat lain cara.

Kami makan kenduri kendara sampailah pukul 4 petang. Lepas tu terus siap-siap untuk gerak balik KL. Kami bertolak balik pukul 4.00 petang. Sampai di Raub kami terus naik Fraser Hill. (Next story ya)



No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.