Semoga Bulan Ni Lebih Indah

Tuesday, April 02, 2019

Bulan Mac telah berlalu meninggalkan kita. Semoga bulan ni bulan April, hidup kita lebih indah dan lebih bermakna.

Dalam mengejar cita-cita banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita lalui. Sesungguhnya dugaan dan cabaran itu menjadikan kita lebih kuat dari sebelum ini. Kalau kita tak lalui ujian ini, kita tak tahu pun yang kita mampu hadapinya.

Kunci kejayaan adalah sabar dan tidak berputus asa. Berusaha sehabis baik dan sentiasa berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan harian kita.

Allah akan sentiasa ada dengan kita walaupuan tiada siapa pun yang percayakan kita. Nak berjaya kena kuat semangat. Pedulikan segala kata-kata biawak yang ada dalam kepala.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Yakin yang kita pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kejayaan pasti milik kita.

Selamat datang April. Bulan ni adalah bulan yang terindah untuk aku. InshaAllah.

1 comment:

  1. Aamiin.Ujian itu menjadikan kehidupan kita lebih berwarna dan bermakna inshaAllah.Moga terus dilimpahi kasih sayang Allah untuk kita semua..aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.