Doaku Hari Ini
Bismillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah. Pemilik segala langit dan bumi.
Terima kasih Ya Allah untuk hidup ini. Terima kasih untuk peluang ini. Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah. Jadikan aku hamba yang baik.
Matikanlah aku dalam keadaan penuh keredhaanMu ya Allah. Jauhkan aku dari sifat hasad dengki sesama manusia. Kurniakan aku hati yang kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujianMu.
Kurniakan aku hati yang tulus ikhlas dalam memaafkan mereka yang telah melukakan hatiku. Aku ingin mencari redhamu ya Allah. Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurgaMu disebabkan segala perbuatanku yang lalu. Namun aku mohon padaMu, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya.
Berikan aku hati yang kuat untuk tetap teguh dengan agamaMu. Istiqamah dalam melakukan kebaikan. Jauhi segala kemaksiatan.
Kuatkan hatiku untuk terus beriman dan bertakwa kepadaMu.
Aku tak tahu sampai bila perjalanan hidup aku akan berakhir. Selagi aku hidup, aku mahu lakukan yang terbaik untuk kehidupanku, bekalanku untuk di alam sana.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Aamiin..aamiin..aamiin..
ReplyDeleteMoga Allah angkat doa-doa ini.