Makan Kenduri

Semalam memenuhi 2 jemputan untuk kenduri. Pertama di RRIM Sungai Buloh dan kedua di Putrajaya. Seharian dalam kereta sebab macam biasa kalau hari Sabtu memang jalan jem teruk.

Untuk kenduri pertama, kami agak terkejar-kejar masa sebab nak pergi kenduri yang kedua. Jarak antara keduanya agak jauh ditambah dengan keadaan jalan raya yang sentiasa sibuk. Kami bergerak dengan 2 kereta sebab ramai. Yang mana suami kerja macam suami Kak Feni kena tumpang orang. Kebetulan pula kereta kami, abahnya yang guna.


Kenduri yang kedua baru sempat bergambar sebab yang pertama kalut nak kejar masa. Kalut-kalut tak seronok pula. Jadi kita santai-santai jela. 

Lepas kenduri di Putrajaya, kami pulang ke rumah. Lepak di rumah sebab masing-masing dah keletihan. Bersiap awal pagi lagi untuk ke tempat kenduri. Malamnya nak ke rumah Mak Ude pula sebab nak makan durian datang dari kampung.




3 Comments

  1. Betul..nak pergi mana-mana kalau kalut dan tergesa-gesa tak best jadinya..silap-silap mood ke laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Pc betul tu. Haha kita share yang baik-baik jela.

      Delete
  2. Sampai 2 kenduri mesti seronok Kan. Tapi kejar Masa sikit la

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !