Pangkor Tunggu Aku Datang !

Tuesday, July 02, 2019
Yes ! Esok Rabu, lusa Khamis dan tulat Jumaat. Yahooo hari-hari yang kami tunggu hampir tiba. Nak pergi ikut abah berfamily day. Ewahh. Tak sabarnye. Nak cutiiii nak rehatkan kepala otak yang dah macam tak betul ni. 

Dari sebelum raya samapi lepas raya sampai dah nak habis Syawal dah ni, kerja takkan pernah habis. Jadi bila dapat bercuti dengan family memang best dan happy sangat.

Kami anak beranak memang excited nak pergi sebab boleh tengok laut. Seronoknya boleh mandi laut. Boleh snorkerling. Aduii macam-macam dah terbayang. Harapnya semuanya berjalan dengan lancar. InshaAllah dengan izin Allah.

Image result for pangkor island

Memang tak sabar nak sampai sana. Pulau yang indah dan mudah. Sehari pusing pun dah cukup. Kali ni kami pergi ramai-ramai. Jadi aktiviti terhad ikut rombongan.

Kami ni taktahu lagi samaada nak gerak hari Jumaat pagi atau Khamis malam. Apa-apa akan diupdate kemudian. 

Pakej yang kami ambil di #cuticutimurahkakhoney dengan bayaran RM218 seorang. Bukan apa, bila kita ambil pakej ni, senang dah tak payah nak fikir tentang transport, penginapan dan makanan. Semua dah ready. Jadi pergi pun bawa duit untuk shopping dan jajan anak-anak.

Mulanya kami ambil yang harag RM228 seorang tapi oleh kerana kami ramai dan tak cukup bilik di Vagary, makanya kami kena ubah kepada Palma Beach Resort.

Takpelah mana-mana pun janji segala aktiviti berjalan dengan lancar harapnya.




2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.