Penantian Itu Satu Penyiksaan Untuk Pergi Bercuti

Macam tajuk lagu pulak kan. Penantian itu amat menyiksaan terutamanya bagi orang yang menanti sesuatu yang tak pasti.

Kita rancang sebaik-baiknya namun nak tunggu hasilnya, Allahuakbar lambat sangat. Macam kita tanam pokok di dusun. Nak tunggu berbuah, makan masa yang lama. Bukan hari ni tanam, esok terus berbuah. Ini adalah dinamakan hasil jangka masa panjang.

Sebenarnya Kak Feni dah tak sabar nak ikut rombongan family day opis suami Kak Feni. Kali ni diorang pergi ke Pulau Pangkor. Wahhh memang syok sangat berjalan. Tahun ni, kami tak berjalan ke mana pun lagi untuk #cuticutiMalaysia. 

Kalau berjalan pun just pergi kenduri. Bagus juga orang bila orang jemput kenduri ni. Secara tak langsung, kami pun boleh berjalan. Ummi abah seronok. Anak-anak lagi seronok. Hari-hari dok hitung berapa hari lagi nak pergi.

Kita yang dewasa ni pun perlukan cuti untuk rehatkan minda. Maklumlah hari-hari stress dengan urusan dunia yang takkan pernah habis. 

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau kecil yang berada dalam negeri Perak. Untuk sampai ke sana, pengunjung perlu menaiki bot. Ada dua jeti yang menyediakan perkhidmatan feri atau bot ke Pulau Pangkor iaitu Jeti Marina dan Jeti Lumut. Jeti Marina lebih dekat berbanding dengan Jeti Lumut. Namun, untuk membeli hasil laut kering, lebih baik naik di jeti Lumut kerana banyak terdapat kedai-kedai yang menjual hasil laut. Boleh buat pilihan untuk membeli di kedai mana. Kiranya Lumut lebih happening berbanding dengan Jeti Marina.

Bagi Kak Feni dan family, kami lebih suka Jeti Marina sebabnya lebih santai dan lebih cantik pemandangannya. Ada port menarik untuk berphoto. Perjalanan dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor pun tak lama berbanding dengan di Lumut (maklumlah mabuk laut) 😂.

Walaupun dah berkali-kali pergi ke sini, tetap tak pernah puas dan rasa seronok. Bukan tak teringin nak pergi ke tempat lain tapi pulau ni seronok. Satu hari dah boleh pusing keseluruhan pulau. Boleh singgah macam-macam tempat. Anak-anak pun seronok. Nak makan pun tak susah dan pada Kak Feni ianya berbaloi.

Kalau rasa nak hilangkan tekanan, nak lari dari hiruk pikuk kota yang membingitkan, nak tengok laut yang cantik, dekat dengan Kuala Lumpur. Boleh jer terjah Pulau Pangkor. Masyarakat di sini baik-baik belaka sebab tu kalau Public Holiday atau musim cuti sekolah memang penuh dengan pengunjung yang datang untuk bercuti.

Kita share gambar throwback di Lumut beberapa tahun lepas.




Rindunya dan tak sabarnya nak kembali lagi ke sini. Rindu bau laut dan rindu nak ronda-ronda pulau dengan motor. Walaupun kali ni pergi dengan trip tapi terubat juga lah rindu nak ke sana. Anak-anak pun dah tak sabar nak sampai sana. Nak mandi laut.

0 Comments