Salam Jumaat 10 Syawal 1440 Hijrah

Friday, June 14, 2019
Alhamdulillah syukur sebab masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang indah ini. Setiap hari adalah peluang dan ruang untuk menambah nilai dalam kehidupan. 

Kadang-kadang kegagalan dan kekecewaan semalam menjadikan hidup kita lebih indah dan bahagia. Kalau kita tak hadapi kesusahan, kita tak tahu betapa bernilainya apa yang kita ada sekarang. Menghargai setiap apa yang Allah bagi dalam hidup ini menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dan merendah diri.

Setinggi mana pun kita berada, jangan lupa untuk tunduk dan sujud pada yang Maha Esa kerana apa yang kita ada hari ini adalah atas nikmat dan kasih sayang Allah. Berusaha dan berdoa menjadikan kita hamba yang taat dan hina.

Photo : Kredit to OWNER

Hidup ini ajaib. Kadang-kadang apa yang kita mahu tak dapat namun Allah sentiasa bagi yang terbaik dan termampu oleh kita. Jangan dipersalahkan takdir hidup ini. Ada sebab kenapa begini dan begitu terjadi. 

Tanya pada diri sendiri, apa yang sebenarnya aku mahu dalam hidup ini. Adakah ingin mengejar dunia semata-mata atau pun ingin bahagia di alam sana. Kita sebagai muslim yang ada agama dan tuhan sentiasa ada Allah dalam hati. Berbalik pada Allah andai tersalah langkah. Perbetulkan kembali apa yang salah dan mulakan hidup baru setiap hari.

Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Kena usaha dan berdoa agar dipermudahkan segalanya. Hiduplah seadanya dan bahagia. 




2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Sependapat, kak.
    Intinya, hidup itu dijalani dengan bahagia dan seadanya.

    Tak perlu mengada-adakan sesuatu agar dilihat orang terlihat mapan atau wah ..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.