Adik Rayyan Sambut Hari Raya Di Sekolah
Hari ni Adik Rayyan ada majlis hari raya di sekolah. Mulanya dia macam malas nak pergi sekolah. Bila ummi cakap hari ni sambut raya dan kena pakai baju raya terus excited nak mandi dan bersiap. Pakai baju raya upin ipin dia yang kami beli dekat Jakel.
Seronok sangat dapat pakai baju raya sebab dia cakap macam Ipin.
Ummi suruh dia pakai selipar jer sebab di sekolah kena buka kasut tapi dia excited nak pakai jugak kasut sport yang beli sama macam Abang Aus. Ikut jela kehendak beliau janji nak pergi sekolah. Kalau dia buat akai taknak pergi sekolah lagi huru hara.
Cikgu suruh bawa juga juadah untuk port luck. Oleh kerana ummi ni seorang yang sangat pandai memasak, jadinya kita masak jelah di kedai yang berhampiran. Mulanya nak beli kuih bahulu je sebekas, pergi ke kedai semuanya dah sold out 😂😂. Jadinya kami pusing-pusing kedai nampak ada apam polkadot. Beli jelan RM10 untuk dibawa ke sekolah.
Pagi ni, hantar adik dulu sebab ummi dengan abah kena pergi jumpa ustazah di sekolah agama untuk tahu perkembangan anak.
Sampai di sekolah adik, macam biasa. Kena hantar dia sampai masuk kelas.
Muka monyok je pagi-pagi sebab mood belum mari. Hahaha ummi nak ambil gambar pun taknak. Nak duduk tempat pun kena ikut yang dia mahu. Mujurlah cikgu pun okey. Sekarang dah okey dari mula-mula masuk sekolah dulu. Duduk pun depan cikgu di meja cikgu. Sekarang ni dah boleh duduk dengan kawan-kawan. Alhamdulillah perkembangan yang baik.
Seronok hati ummi bila cikgu hantar gambar dalam group whatsapp, yang dia dah pandai ambil makan sendiri. Bukan apa, sebelum ni dia memang tak makan. Sanggup berlapar sampai balik rumah. Bila balik sampai rumah terus minta makan dengan opahnya. Mujur kamu duduk dengan opah dik oii. Boleh layan kerenah kamu.
Bila tanya kenapa adik tak makan. Dia jawab dia malu sebab dia makan comot 😟. Hurm kalau ada hari-hari yang makan guna sudu macam mee goreng ke, baru dia nak makan. Dahlah susah nak makan. Kalau kena dengan selera dia baru dia nak makan.
Sekarang alhamdulillah dah pandai bergaul dengan rakan-rakan lain. Takpelah syukur sebab kalau ikut umur dia baru nak masuk 5 tahun. Hujung tahun ni, bulan 12 baru cukup umur 5 tahun. Sebagai ibu, ummi bangga dengan perkembangan anak ummi.
Semoga Adik Rayyan terus membesar menjadi anak yang soleh. InshaAllah.
Alhamdulillah..setiap hari bertambah baik..begitulah ragam kanak-kanak .
ReplyDelete