Pengalaman Cuci Gigi Di Klinik Gigi Swasta - Proheal Suntex


Haha nak cuci gigi adalah salah satu impian Kak Feni. Dah lama nak pergi buat tapi takde masa dan macam-macam masalah yang timbul. Hari tu dah pergi sekali tapi doktor nak tutup awal. Rasanya hari tu public holiday ke apa entah dah lupa.

Semalam bila en husband call suruh siap-siap kemas beg awal sebab nak pergi klinik gigi terkejut juga lah Kak Feni. Eh dah kenapa nak siap awal ni ? Selalunya pukul 7 baru habis kerja dan Kak Feni solat maghrib siap-siap di opis sebelum gerak balik. Maklumlah maghrib sekarang ni awal. Pukul 7.00 malam dah masuk waktu.

Untuk mengelakkan terbabas tinggal solat, Kak Feni setelkan awal di opis. Siap solat maghrib baru gerak pulang. Dah sampai rumah dah penat tak terkejar-kejar nak solat maghrib yang waktunya sangat singkat itu.

Okey berbalik kepada cerita cuci gigi. Kami sampai di Klinik Pergigian Proheal Suntex pukul 7.10 malam. Kak Feni masuk tanya boleh buat rawatan lagi ke ? Staff kat situ kata boleh, jadi Kak Feni pun daftar nak cuci gigi.

Lama nau-nau dah tak pergi klinik gigi. Seingat Kak Feni last pergi cabut gigi masa form 3. Tu adalah last Kak Feni pergi klinik gigi sebab gigi sakit berlubang kena cabut. Bila dah cabut hilang segala sakit gigi sampai hari ni masalah gigi tak seberat sakit gigi masa kecik-kecik dulu.

Bayangnya berapa lama karang atau plak gigi bertahun tak cuci. (korang jangan ikut Kak Feni pulak ye). Doktor gigi tanya pernah datang tak. Kak Feni kata lama dah tak pergi. Huhu jujur betul kan disitu.

Bila doktor mulakan proses nak buang plak gigi ni. Kak Feni rasa takut jugak. Eh sakit ke ? Haduiii macam-macam lah mari memikir yang bukan-bukan. Relax dan biar saja doktor buat kerja dia. Dalam setengah jam jugaklah mengerjakan gigi Kak Feni yang banyak karang tu. Huhu. Memang banyak pun.

Nak kata rasa sakit sangat kena cuci tu memang tak sakit pun. Nyilu-nyilu gitu biasalah, kena tahan sikit. Nak cantik kan ? hihi

Setelah semuanya selesai Doktor caj perkhidmatan dia RM100.00. Caj dia dari RM90 hingga RM150 bergantung kepada keadaan gigi. Alhamdulillah Kak Feni bajet RM140.00 jimat duit aku RM40.00. Boleh buat beli benda lain.

Bila dah buat scaling buang plak jahat yang melekat kat gigi ni, gigi rasa bersih jer. Nak makan pun takut-takut. So lepas ni nak kumpul duit nak tampal gigi pulak. Doktor kata ada satu gigi bawah dah berlubang tapi tak teruk. Kena tampal. Kak Feni cakap tunggu dululah doktor, i nak kumpul duit dulu. Banyak benda nak guna duit ni. Hahahaha dia gelak bila Kak Feni cakap macam tu.

Bila dah siap, pesanan penaja yang paling best doktor pesan. Jaga kebersihan mulut. Huhu okeylah okeylah lepas ni aku jaga kebersihan mulut. (dia nak kata mulut aku busuk ke tu). Hahaha jahatnya aku mikir.




2 Comments

  1. Lepas baca ni baru teringat gigi sendiri pun dah lama tak dicuci kat klinik. Kena cari masa juga ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !