Scrub Beras Lembutkan Kulit Dan Hilangkan Kulit Mati

Monday, October 14, 2019
Hari Jumaat yang lepas adalah sembang-sembang dengan rakan pejabat pasal nak lembutkan kulit. Maklum sajalah duduk dalam pejabat yang suhu aircond sangat sejuk. Bahaya bila duduk lama dalam aircond ialah air dalam badan pun kurang. Bila tak minum air kosong secukupnya mulalah kulit jadi kering dan macam bersisik.

Sembang-semang mulahlah keluar tips macam-macam. Orang tu bagi petua dan tips macam ni. Orang ni pun bagitahu macam tu. Haha jadi untuk tidak mengecewakan diri sendiri Kak Feni pun cuba buat sendiri.

Hari Ahad pagi semalam sebelum air paip takada ditutup oleh Air Selangor. Kak Feni sempatlah memanjakan diri dengan scrub badan dengan beras yang telah Kak Feni blender kering. Mudah sangat nak buat scrub ni. Kak Feni lupa nak ambil gambar. (nanti Kak Feni update yang bergambar kemudian)




Cara Buat Scrub Beras :- 


1. Ambil segenggam beras (ikut suka banyak mana, terpulang pada masing-masing). Ada orang dia suka goreng kering beras sebelum blender. Kak Feni tak buat pun.

2. Blender kering. Yang kecil tu.

3. Blender ikut suka. Kak Feni buat ada yang hancur sangat. Ada yang kasar-kasar sikit.

4. Simpan dalam botol yang bertutup.

5. Bila nak guna baru bancuh dengan air atau campurkan dengan lemon.


Bila lama sangat dah tak manjakan diri dengan menyental diri, dapat sental daki dan kulit mati dengan scrub beras ni. Rasa best sangat. Bila dah siap mandi bau wangi dan rasa lembut je bila pegang kulit sendiri. Haha nak pergi spa kena spare beratus-ratus jadi bagi yang kurang kemampuan macam Kak Feni ni jomlah kita buat sendiri dengan bahan-bahan yang ada di rumah je. Jimat pun jimat.

Yang bestnya scrub ni, Kak Feni lumurkan habis satu badan sampai muka pun Kak Feni sental. Bahagian rambut je tak sental takut lekat beras di kepala susah nak cuci. Lepas ni kita sental guna hampas kelapa pulak. (hurm bila dah start gila dengan bahan alami)

Nak cantik dan lawa ni kadang-kadang tak perlu pun berhabis cuma kita je kena rajin. Rajin jaga diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Yang ada suami tu, kena bersiap juga untuk suami. Mungkin suami tak cakap takut nak jaga hati isteri. Isteri sendiri yang kena pandai-pandai. InshaAllah suami pun sayang.

Haha tiber merepek sampai ke situ. Tapi memang betul pun kalau tak jaga diri ni, macam-macam alasan akan timbul. Bak kata kawan Kak Feni "saja cari modal". Hahaha okeylah selamat mencuba.


5 comments:

  1. Cerita bab buat scrub beras ni teringat kat Mak sy.. mak citer dulu2 nak cantikkan kulit depa guna ni ja.. mmg berkesan..
    TQ sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu-dulu guna bahan alami je. Orang sekarang nak cepat nak mudah pergi drugstore. Haha

      Delete
  2. pernah terbaca jugak tapi tak pernah cuba, kalau scrub bibir guna gula dan lemon pernah la cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ? Lepas ni boleh try scrub bibir pulak. Ni bibir kering dan habis pecah. Ulser penuh dalam mulut. Lama dah tak kena. Seksa je rasa.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.