CADANGAN SUPLEMEN UNTUK ARTHRITIS
Apakah penyebab arthritis?
Arthritis bukanlah penyakit keturunan, namun begitu dengan mempunyai gen-gen tertentu ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat arthritis. Pakar perubatan telah pun mengenal pasti lebih dari 100 penyebab arthritis.
Antara penyebab-penyebab penyakit arthritis termasuklah osteoarthritis, arthritis yang disebabkan jangkitan kuman, gout, psoriasis dan rheumatoid arthritis.
Dalam osteoarthritis, proses proses penuaan yang berlaku menyebabkab kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada pergeselan tulang di antara satu sama lain dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan. Risiko untuk anda menghidapi osteoarthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.
Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit auto imun yang melibatkan sendi-sendi. Ia menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada sendi. Dalam penyakit gout, pengkal ibu jari kaki akan menjadi bengkak dan sakit secara tiba-tiba disebabkan oleh mendapan Kristal asid urik.
Arthritis juga boleh berlaku disebabkan kecederaan sewaktu bersukan sebagai contoh bermain bola sepak.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala arthritis?
Penghidap arthritis akan mengalami sakit sendi, bengkak sendi, ketegangan di waktu pagi, rasa panas di sekeliling sendi, kurang upaya untuk menggerakkan sendi disebabkan oleh rasa sakit.
Jika arthritis ini tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan, kecacatan sendi akan berlaku seperti dalam penyakit rheumatoid arthritis dan osteoarthritis di tahap yang teruk.
Kajian yang dijalankan bergantung kepada punca yang disyaki. Ia termasuklah ujian darah, air kencing dan juga x-ray sendi.
Bolehkah penghidap arthritis menjalani kehidupan normal?
Ya, ia boleh dicapai dengan rawatan tertentu. Memberikan pendidikan kepada pesakit, rawatan tanpa ubat seperti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja, pengurangan berat badan.
Ubat-ubatan : ubat untuk dimakan, ubat sapu dan jika perlu pembedahan.
Antara rawatan pemulihan anggota yang boleh didapati di hospital termasuklah senaman aerobik ringan, berenang, rawatan ultra sound, celupan lilin suam. Adakalanya pengubahsuaian perlu dilakukan di dalam kehidupan seharian bagi membolehkan pergerakan yang lebih selesa. Untuk memudahkan kerja, letaklah barang kegunaan harian pada paras dada supaya anda tidak perlu membongkok.selain dari itu, penggunaan alatan rumah yang diubah suai juga dapat membantu. Duduk sewaktu membuat kerja-kerja di paras rendah. Gunakanlah kerusi sewaktu mandi. Penggunaan tapak tangan untuk membuka atau menutup barangan seperti penutup botol akan memudahkan kerja. Kasut yang mempunyai Velcro atau kasut sarung memudahkan pesakit untuk memakai kasut.
Apakah ubat yang biasa digunakan?
Ubat-ubatan seperti paracetamol dan non streroidal anti inflammatory drugs digunakan untuk mengurangkan kesakitan sendi. Ubat-ubat lain mungkin juga diperlukan bergantung kepada jenis arthritis contohnya cold chissin dan alopurinol untuk gout. Rheumatoid arthritis pula memerlukan ubat yang berbeza. Rawatan susulan amatlah penting bagi memastikan rawatan rapi dapat dilakukan selain dari mengetahui kesan sampingan penggunaan ubat. Ada kalanya ubat-ubatan tidak memadai dan pembedahan mungkin diperlukan. Pembedahan menggantikan sendi yang sudah tidak berfungsi berkesan untuk melegakan kesakitan dan meningkatkan tahap mobiliti.
Penjagaan keselamatan di dalam dan di luar rumah perlu diberi perhatian yang serius. Alihlah tikar, wayar dan juga tali yang boleh menyebabkan anda terjatuh. Cara duduk yang betul dengan lutut, pinggul dan pergelangan kaki pada sudut 90 darjah akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Makanlah makanan yang seimbang. Pesakit gout mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purin. Penjagaan berat badan yang ideal amatlah perlu. Telah terbukti dengan mengurangkan lima kilogram berat badan ia dapat mengurangkan 15 hingga 20 kilogram tekanan ke atas lutut. Secara keseluruhannya terdapat pelbagai penyebab arthritis. Oleh itu langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal amatlah penting. Arthritis, kesedaran adalah permulaan.
CADANGAN SUPLEMEN UNTUK ARTHRITIS
✿ VIVIX
Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
✿ Alfalfa complex
Mengurangkan inflamasi dan kesakitan.
✿ OSTEMATRIX
Menghalang kepupusan tulang
✿ COLLAGEN POWDER
Mempertingkatkan kesihatan sendi
✿ OMEGA GUARD
Mengawal sakit & inflamasi serta menangani kekakuan.
✿ GLA COMPLEX
Mengawal sakit dan inflamasi.
✿ B-COMPLEX
Menghalang kerosakan saraf dan mengurangkan kesakitan
✿ NUTRIFERON
Mempertingkatkan sistem imun
✿ GARLIC COMPLEX
Menghalang formasi radikal bebas yang mampu merosakkan sendi
✿ VITAMIN C
Pemusnah radikal bebas yang melindungi sel dari rosak.
✿ PEPPERMINT GINGER PLUS
Meredakan inflamasi.
Untuk pesanan bolehlah menghubungi Feni.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !