Live Every Single Moment
Live every single moment. Oh sangat menusuk kalbu. Jatuh bangun jatuh bangun. Macam tu lah hidup ni. Nak share tentang kejayaan ni kalau kita kejar sampai lupa segala-galanya takde guna jugak. Memang semua orang nak hidup senang, nak hidup mewah. Namun kita kena ingat Allah tidak akan memberi apa yang kita mahu namun dia akan beri apa yang kita mampu.
Alhamdulillah rasa macam nak berusyukur sangat-sangat. Betul, Allah bagi kita anak sebab kita mampu nak jaga depa. Allah lambat bagi sebab Allah tahu waktu bila yang sesuai. Jadi nikmatilah hidup ini seadanya.
Okey hari ni Feni bersyukur sebab dikurniakan dengan orang yang baik-baik untuk bersama Feni. Suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan yang begitu memahami. Alhamdulillah.
Nak ikutkan apa yang orang kata bukan mereka yang menanggung kita. Jadi hiduplah untuk diri sendiri. Chill dan enjoy.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !