DUNIA SEMAKIN TENAT

Wednesday, July 04, 2018
Pagi tadi bangun bersiap untuk pergi kerja. Hari ni kami agak santai sebab Abang Aus tak sekolah. Semalam cikgu hantar wasap dalam group tak sekolah hari ini. Ada masa santai sikit suami Feni sempat scroll handphone. 

Alangkah terkejutnya bila mendapat berita Adik Adam yang semalam ditularkan di media sosial tentang kehilangannya. Dikatakan diculik oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya. Ibu bapa Adam mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan akhirnya membawa kepada penemuan mayat adik Adam dalam peti ais rumah pengasuh tersebut.

Allahuakbar ! Apa yang sebenarnya telah berlaku ni ? Tak boleh nak memikir lah Mak Jemah. Senak otak dan sakit dada. Menangis mengenangkan adik Adam. Aku ada anak, jadi aku tahu perasaan seorang ibu. Masa hantar sihat walafiat tiba-tiba pergi ambil dah jadi arwah. Allahuakbar, semoga ibu dan bapa serta keluarga Adik Adam tabah menghadapi semua dugaan ini. Kami semua turut merasakan kesedihan itu.

Bila baca komen-komen di muka buku pulak memang sedih. Ada juga netizen yang buat status atau komen "sebab tu aku berhenti kerja". Tolong ! Tolong hormati perasaan orang lain okey. Memang rezeki awak dapat jadi suri rumah. Boleh jaga anak depan mata. Itu rezeki awak. Tapi jangan terlalu bangga sehingga mengguris hati orang lain yang terpaksa bekerja untuk berkhidmat kepada orang lain.

Kami yang bekerja ni pun kalau boleh nak duduk rumah. Nak membesarkan anak-anak depan mata. Nak hantar ambil anak sekolah sendiri tapi ada yang lebih memerlukan. Dengan niat nak tolong suami dan juga memberi khidmat kepada orang lain. Ibu Adam contohnya seorang jururawat yang tugasnya membantu pesakit di hospital. Jadi nak tak nak terpaksa hantar anak kepada pengasuh. 

Tak tahu nak cakap macam mana pasal pengasuh itu. Kenapa sanggup buat macam tu kepada anak kecil yang berumur 5 bulan. 5 bulan masih bayi lagi. Syurga buatmu anak. Tunggu ibu dan ayahmu di syurga. 

-Al-fatihah untuk adik Adam-

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.