Lazada Bagi RM5 E-Wallet Untuk Shopping Di Lazada

Alhamdulillah hari ni rajin nau nak tengok emel. Dah memang wajib hari-hari tengok e-mel sebab dah jadi SOP untuk diri ini kecuali hari cuti.

Alhamdulillah Lazada hantar emel dapat e-wallet RM5.00.


Kak Feni dok fikir nak beli apa dengan RM5 ni, memandangkan gaji lambat lagi. Kalau dapat pun mesti 30 hb atau selepas itu. Jadi untuk tidak membuang masa. Lama-lama kan lupa pulak, jadinya try ushar topup celcom kebetulan pulak kredit dah habis dan nak expired. Makanya tak lepas peluang lah untuk guna dan habiskan e-wallet ni.

Terjadilah seperti di bawah:


Done topup RM5 dengan menggunakan e-wallet dari Lazada. Thank you Lazada. Next time jangan segan dan malu untuk bagi e-wallet or what so ever lagi ye? Kak Feni terima dengan hati yang terbuka.

Sebenarnya dah lama tak guna Lazada ni sebab selalu guna Shopee je. Kawan Kak Feni band terus Lazada tapi so far Kak Feni dengan Lazada ok. Selalu juga buat perbandingan harga antara Shopee dan Lazada. Dan kita sebagai seorang pengguna yang bijaksana perlu bijak memilih.

Survey dulu dan buat perbandingan antara keduanya. Bila dah puas hati baru beli. Kalau boleh tengok dulu review-review yang customer dah share dekat situ. Itu dah boleh membantu untuk kita pilih nak ke taknak. Kalau review dia banyak yang tak elok sebaiknya batalkan saja niat nak membeli. Kita ada banyak pilihan lain. Gunakan hak kita sebagai pengguna yang bijak.

Kalau di Shopee, ada seller yang jadi seller shopee. Jadi bila kita beli dengan seller tersebut, akan dapat coin. Coin tu kita boleh kumpul untuk kita tebus bagi belian seterusnya (mengikut terma & syarat). Ada juga seller yang meniaga tapi tak boleh nak tebus. Jadi kena pandai pilih sebab pilihan di tangan kita.

Apapun Alhamdulillah. Rezeki Allah itu tetap ada untuk mereka yang selalu berusaha.

6 Comments

  1. saya pun dapat juga! hehe lepas tengok kakfeni guna untuk beli topup, terus rasa nak beli topup jugaklah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kannn. Bolehla buat topup kan. Lambat2 kan expired rugi je.

      Delete
  2. Dapat jugak... Nak topup jugak lah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !