Lepak Mamak Layan Cendol
Hari ni Kak Feni puasa. Jadi Kak Feni share je gambar-gambar throwback Isnin lepas. Balik kerja lepak mamak sambil menikmati cendol.
Layan cendol dengan Kak Tutik dan suaminya Abang Marzuki. Mereka ni rakan sekerja suami yang dah bertahun-tahun kerja di Malaysia. Abang Marzuki dah tukar company tapi masih bekerja di sekitar HKL. Jadi kalau ada masa bolehlah lepak sekali.
Kami lepak di mamak Hassan Shah dekat dengan rumah Kak Tutik. Mujur Kak Feni cepat call kalau tak dia cakap nak makan dekat tempat cendol.
Makanya tibalah mereka di kedai mamak yang kami lepak ni. Dengan cendol satu cup besar. "Jom minum cendol !!!". Hahaha
Kami yang sampai dulu jadi kami order dulu. Selalu Kak Feni suka makan nasi goreng kampung telur mata kat sini. Hari ni teringin makan meggi sup. Jadi order meggi sup. Pedas dan masam secukup rasa. Kena dengan tekak Kak Feni.
Lepas kenyang dan bersantai-santai kami balik rumah. Bukan selalu dapat jumpa dan lepak macam ni. Sekali sekala je sebab masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Bila dah jumpa macam ni banyak cerita nak share.
Sambil sembang sambil minum cendol.. Sedapnya.
ReplyDeleteKann sekali sekala pekena cendolmang enak rasanya.
DeleteSalam perkenalan..
ReplyDeleteSedap pekena cendol dengan mee rojak..
Terasa sejuk di tekak..
kadang lepak minum air secawan je, tp sbb cerita banyak... 1 cawan pun tak abis, dek sibuk bercerita kan
ReplyDelete